BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 10, 2009

TOKOH MATEMATIK - ARCHIMEDES - JURUTERA DAN TOKOH MATEMATIK TERKENAL

Pernahkah adik-adik mendengar cerita tentang kisah seorang ahli matematik berlari tanpa memakai apa-apa pakaian? Hal ini sudah tentulah memang sangat melucukan! Peristiwa ini berlaku pada suatu zaman dahulu. Namun, oleh sebab peristiwa ini ganjil dan melucukan, tidak hairan jika peristiwa ini menjadi kisah yang popular sampai sekarang. Ahli matematik itu bernama Archimedes. Archimedes merupakan salah seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah perkembangan ilmu matematik dan kejuruteraan di dunia. Beliau berbangsa Greek. Dilahirkan pada tahun 287 Sebelum Masihi. Sepanjang hayatnya, beliau ialah seorang ahli matematik dan jurutera terkenal di tanah kelahirannya itu. Sejarah mencatatkan terdapat satu cerita yang menarik tentang diri beliau. Pada suatu ketika, Raja Syracuse telah memberikan emas kepada seorang tukang emas. Baginda menitahkan tukang emas itu menyiapkan sebuah mahkota. Apabila siap, berat mahkota itu memang sama berat dengan berat emas yang diberikan oleh baginda dulu. Namun, baginda mengesyaki tukang emas itu mungkin telah menipu baginda. Tukang emas itu mungkin mencampurkan perak dan merkuri (raksa) pada mahkota tersebut. Oleh yang demikian, baginda menitahkan Archimedes menyelesaikan masalah itu. Sudah tentulah Archimedes bersedih hati kerana tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu. Setiap hari, Archimedes asyik memikirkan masalah itu. Suatu hari, semasa hendak mandi, beliau masuk ke dalam kolam mandi yang penuh dengan air. Apabila beliau masuk, sebahagian daripada air itu melimpah keluar. Kejadian itu memberikan akal kepada beliau untuk menyelesaikan jawapan tentang masalah berat mahkota tersebut. Oleh sebab terlalu gembira, Archimedes terus berlari ke istana sambil menjerit, "Eureka! Eureka!" (Saya sudah jumpa! Saya sudah jumpa!). Sedangkan pada ketika itu, beliau tidak berpakaian. Semasa hidupnya, Archimedes banyak mencipta mesin yang digunakan dalam peperangan. Banyak hasil fikiran beliau dalam bidang matematik dan sains masih digunakan sampai sekarang. Beliau meninggal dunia pada tahun 12 Sebelum Masihi.

0 comments: